Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Begitulah Agaknya

Semasa saya berumur 10 atau 11 tahun (sekolah rendah) saya sudah menghasilkan beberapa buku puisi. Syok sendiri. Benar, dalam bentuk buku kecil bergaris yang saya beli dari kedai alat tulis di Kota Bharu. Kalau tidak silap ingatan saya, ada dua buah yang saya hasilkan.  "Puisi adalah reaksi  kepada sesuatu pengalaman  yang menusuk."  - A Samad Said (dipetik dari buku Sketsa dan Puisi 1969-1989 Bunga-Bunga Bulan Siti Zainon Ismail, terbitan Creative Enterprise). Sangat benar. Semasa kecil jiwa saya mungkin terlalu sensitif dan senang terasa. Kecil hati, merajuk, perasan, marah (dan sekarang semakin teruk!). Perasaan-perasaan ini tersimpan dan membuak lalu terluah dalam bentuk bait-bait sajak dan puisi sedih, suram, atau marah. Mungkin ada juga gembira, ah, saya sudah lupa. (Tetapi sebab kenapa saya marah itu saya masih ingat :-) ). Semasa umur itu saya telah menghafal sebuah sajak Usman Awang. Guru Bahasa Malaysia kami memberi tugasan kepada pelajar untuk