Saya sedang menelaah buku THE NO RULES RULES.
Ini kisah bagaimana NETFLIX mengubah tradisi innovasi.
Ditulis bersama oleh CEOnya Reed Hastings dan profesor pengurusan Erin Meyer (yang juga penulis buku The Culture Map).
Ya, ini buku tentang pengurusan.
Dipendekkan cerita, pendekatan Netflix ini bukan untuk semua orang. Bukan senang-senang saja kita boleh tiru dan terus indeks kegembiraan pekerja naik ke tangga nombor satu (Netflix tangga kedua daripada beribu yang lain, lebih hebat daripada Google dan Apple.)
Ada tiga prinsip utama perlu ada sebelum pengurusan memulakan polisi cuti tanpa had (tiada polisi), pekerja beli aset tanpa perlu tandatangan boss, atau junior exec boleh naik kapalterbang kelas perniagaan tanpa perlu minta kebenaran Jabatan Akaun.
Satu:
Mereka yang diambil bekerja mestilah golongan high-performers. Bukan cukup-cukup bagus atau sederhana bagus, tapi terbagus.
Dua:
Ada budaya berterus terang dalam organisasi (candour. US: candor)
(dalam konteks buku ini mungkin lebih tepat jika diterjemahkan sebagai MENEGUR)
Ketiga:
Barulah pekerja diberi kebebasan untuk ambil cuti tanpa had hari (secara berperingkat. Freedom + Responsibility)
Meme Dr Strange ini mengingatkan saya kepada prinsip yang kedua: CANDOUR
Dalam budaya CANDOUR acuan Reed Hastings ini, anak buah boleh berterus-terang/tegur boss, pekerja baharu boleh perbetulkan senior.
Premisnya: kena ada niat untuk bantu (Aim to Assist).
Kita berani berterus-terang/tegur kesilapan bos?
Dalam konteks Netflix, menjadi satu dosa jika pekerja tidak tegur orang atasan sekiranya ia sesuatu yang wajar diperbetulkan. Jika tidak tegur, diibaratkan kita membiarkan syarikat lingkup walaupun kita ada kesedaran untuk elakkan ia berlaku melalui teguran tadi.
Lambat sikit untuk habis baca buku ini, kerana sambil baca saya tanya kawan-kawan, minta maklumbalas. Jon sebut sebagai ‘feedbacks’. Tak semua yang kita baca itu betul, kan?
Kepercayaan yang tidak pernah dicabar akan selamanya kekal sebagai benar.
Selamat Berterus-terang! 😊